Aktiviti aktiviti yang serba lasak memang menjadi minat dan kegemaran aku. Ini termasuklah ekspedisi yang mesra alam seperti mendaki gunung, berkayak menjelajah belantara dan sebagainya.
Faktor kos, modal dan masa di bidang ini memanglah tinggi. Itu pasal ramai yang berminat tapi tak upaya melanjutkannya. Tapi aku ni bernasib baik kerana berada di dalam golongan yang berpendapatan lima angka. Pasal kos dan modal taklah menjadi halangan.
Pada hujung tahun lalu aku merancangkan ekspedisi yang berlainan sedikit. Kali ini agak istimewa kerana aku hanya pergi berdua saja. Pasangan aku tu ialah isteri kepada rakan sejawat aku.